Tuesday 19 June 2012

~ Siapakah Si Cantik Itu ?? ~

Bissmillahirahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t...










Erm.. hari ni tiba-tiba ana rasa nak menyentuh tentang satu perkara yang memang tak lari daripada menjadi buah mulut kita setiap hari. Rasa-rasa apa ye bendanya tu ?? Macam mana ?? dapat tak kawan-kawan teka ?? Perkara yang ana selalu je dengar.. daripada ana dan kawan-kawan kecil lagi sebenarnya.. Tapi ana pelik juga sebenarnya... kalau dah selalu dengar, selalu dipesan, siap diajar lagi masa kat sekolah dulu, kenapa perkara ni masih menjadi isu hangat...
Mari kita kaji dan selidik sama-sama...  
^_^

Erm... apa pendapat kawan-kawan tentang isu aurat ?? 
mesti macam-macam kan yang korang semua terfikir...
kalau tanya pada adik-adik kita yang masih bersekolah pon, rasanya mereka tahu tentang batas-batas aurat yang perlu dijaga...
samalah macam diri kita sendiri, awal-awal lagi dah diajar, cuma kita je yang tak mengamalkan..
ramai je dikalangan remaja masa kini mengabaikan isu aurat.. terutamanya perempuan lah kan.. ana pun kadang-kadang terfikir juga, kenapa suka sangat pada pakaian yang mendedah aurat sendiri... sedangkan bukan selesa pon kan nak pakai baju-baju yang eksklusif tu...
jom kita tanya pendapat orang lain....




Remaja 1 : erm sebab rasa best la saya pakai. Kenapa ? Lagipun tak salah kan sebab masih pakai tudung. 
Remaja 2 : sebab takut boyfriend lari. Lagipun parents tak kisah. 
Remaja 3 : sebab suka-suka nak pakai... selalunya dengar orang yang pakai baju longgar-longgar tu ada parut. Sebab tu tak boleh pakai yang eksklusif macam ni.
Remaja 4 : Sebab hidayah tak sampai lagi. 


Ish3.... segala jenis jawapan yang ana pernah dengar... sedih rasanya bila dengar macam tu... So... apa yang perlu kita buat untuk tolong mereka-mereka yang perlukan perhatian kita tu...
Jom... kita sama-sama hayati sedikit coretan ana tentang isu aurat ni. Nanti boleh la kawan-kawan tolong sebarkan pada orang lain ya...


Sebenarnya, Allah memerintahkan kepada kaum hawa untuk menjaga batas-batas aurat kerana Allah mahu meninggikan darjat seorang wanita. Supaya wanita tidak menjadi bahan mata lelaki yang memandang. 


(i) Batasan aurat wanita 

Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].

Yang di maksud “wa laa yubdiina ziinatahunnaa” (janganlah mereka menampakkan perhiasannya), adalah "wa laa yubdiina mahalla ziinatahinnaa", maksudnya janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan. [Lihat Abu Bakar Al-Jashshash, Ahkamul Qur`an, Juz III hal.316]. 

Selanjutnya, kalimah “illa maa zhahara minhaa” [kecuali yang (biasa) nampak darinya], ini bermaksud, ada anggota tubuh yang boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Demikianlah pendapat sebahagian sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah [Al-Albani, 2001:66]. 



(ii) Aurat Wanita dalam Hayaatul ‘Am (Kehidupan Umum/Public Life) 

Yang dimaksudkan dengan hayaatul ‘am adalah keadaan di mana wanita itu berada di luar dari kawasan rumahnya di mana mereka bercampur dengan masyarakat. Pakaian wanita dalam kehidupan umum iaitu di luar rumahnya terdiri dari dua jenis iaitu 


(a) libas asfal (baju bawah) yang disebut dengan jilbab, dan 
(b) libas ‘ala (baju atas) iaitu khimar (tudung). 


Dengan dua pakaian inilah seseorang wanita itu boleh berada dalam kehidupan umum seperti di jalanan, di pasar-pasar, pasar raya, kampus, taman-taman, dewan orang ramai dan seumpamanya. Dalil wajib memakai jilbab bagi wanita adalah berdasarkan firman Allah,


Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya.” [TMQ Al-Ahzab (33):59]. 


Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” [TMQ An-Nur (24):31]. 

~ Siapakah Si Cantik Itu ?? ~

Ketahuilah bahawa bidadari Syurga amat mencemburui wanita muslimah....


Ia mutiara terindah dunia...
Bunga terharum sepanjang masa...
Ada cahaya di wajahnya...
Betapa indah pesonanya...
Bidadari bermata jeli pun cemburu padanya...
Kelak, ia menjadi bidadari surga...
Terindah dari yang ada...
(hanan)



Ummu Salamah radhiyallahu‘anha pernah bertanya kepada Rasul, “Wahai Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli.?” Beliau menjawab, “Wanita- wanita dunia lebih utama daripada bidadari- bidadari yang bermata jeli, seperti kelebihan apa yang tampak daripada apa yang tidak tampak.” Saya bertanya, “Mengapa wanita dunia lebih utama daripada mereka?” Beliau menjawab, “Karena solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. 

Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas. Mereka berkata, ‘Kami hidup abadi dan tidak mati, kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali, kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali, kami redha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya’. MasyaAllah… Sungguh dialog yang sangat indah. Jika kalimat tersebut dikutip, tentu banyak kaum Adam yang akan bertekuk lutut.

Dari dialog Rasulullah tersebut, dapat disimpulkan bahwa : sebaik- baiknya Bidadari Syurga, tetap lebih baik wanita yang solihah. Dengan kata lain, ‘Bidadari yang terindah adalah wanita solihah’. 



^_^


Subhanallah... sahabat-sahabat sekalian.. bersyukurlah kamu kerana menjadi seorang wanita... namun jadilah wanita solehah.. menjaga akhlakmu, menjaga ibadahmu, solatmu, auratmu, maka kamu amat dicemburui oleh bidadari-bidadari Syurga.... Duhai saudariku muslimah, maukah kamu menjadi wanita yang lebih utama dibanding bidadari? Allah meletakkan cahaya di atas wajahmu dan memuliakanmu di surga menjadi bidadari-bidadari surga. Maka, berlajarlah dan tingkatkanlah ibadah dirimu, agar Allah ridha kepadamu ...


Amin.... ^_^



sekian...

kasih sayang...




No comments:

Post a Comment