Saturday 2 June 2012

Secantik Bunga, Semanis Ukhuwah...


PROLOG



'' Kamu bila lagi nak cuti Fiya ? '' Tanya Puan Khadijah, sambil menghidangkan lauk pauk yang telah siap dimasak di atas meja makan. Sebentar lagi keluarga Tuan Hasyim akan berkumpul untuk menikmati makan malam bersama keluarga. 


Masuk hari ini, sudah tiga hari bagi pasangan kembar seiras, Intan Fahiya dan Intan Hafiya bercuti di rumah kedua orang tua mereka. Memandangkan Fahi telah mendapat cuti seminggu daripada majikannya, Fiya turut mengambil cuti untuk menghabiskan masa bersama keluarga.


'' Tak tahu lagi Ma. Fiya kan selalu ikut time cuti Fahi. Kalau Fahi tak dapat cuti, tak dapatlah Fiya nak balik. Itulah, dulu Fiya dah suruh Fahi kerja je sama-sama dengan Fiya, tapi dah dia tak nak. Tak kan nak paksa pulak. Fahi kata tak seronok lah kerja kat tempat yang sama, nanti orang susah nak bezakan muka. ''


'' La, kesitu pulak fikirnya, dah memang kamu tu kembar seiras, mestilah serupa. Kamu tak nak ke beli kereta untuk kegunaan sendiri ? '' Tanya Puan Khadijah lagi.


'' Tak apalah Ma. Kereta Myvi yang Papa kasi tu pun memang untuk kongsi dengan Fahi. Jimat sikit kos minyak. Minyak pulak asyik nak naik aje. Ha.. ni mesti Ma takut rindu kat Fahi dengan Fiya kan ? '' Duga Fiya sambil tersenyum.


'' Ya lah. Dah kamu bertiga je anak Mama. Kalau kamu dengan Fahi tak ada, tinggal lah Iskandar sorang dengan Mama. Is tu lelaki, takkan Mama nak ajak dia pergi teman Mama shopping pulak. ''


'' Daripada Is tu duduk menghadap televisyen je, baik la Ma ajak dia teman pergi shopping, apa salahnya. ''


'' Haa.. apa je lah yang anak beranak ni bualkan dari tadi. Isu semasa ke isu luar biasa ? '' Sampuk Tuan Hasyim seraya mengambil tempat di meja makan.


'' A'ah kan Pa, macam rancak je bunyiknya. '' Sambut Fahi pula yang baru muncul di ruang makan tersebut bersama Iskandar.


'' Apa yang luar biasanya bang ? Macam biasalah isu anak-anak abang ni ha. ''


'' Kenapa dengan anak-anak abang yang ? ade buat sayang merajuk ke ? '' Soal Tuan Hasyim lagi.

'' Mama tu sebenarnya nak ajak papa pergi dating berdua. Papa kan asyik duduk kat pejabat aje. Tak bosan ke ? '' Iskandar pula menyampuk.

'' Ke situ pulak kamu ni Is, tapi betul jugak cadangan Is tu kan bang. Sekali sekala abang temanlah saya pergi shopping ke, melancong ke. Dah lama kan abang tak cuti, rehat-rehatkan lah badan tu sikit. '' Sokong Puan Khadijah.

'' Betul sayang nak pergi ? Esok jugak abang amik cuti. ''

'' Papa dengan Mama ni, dah macam pengantin baru pulak Fiya tengok. Mengalahkan pengantin baru pun ada. Betul tak Fahi ? ''

'' Betul, betul, betul. Tak habis-habis beromantik depan kitorang. Ni yang Fahi jeles ni heheheh... ''

'' Aik, Kak Long jeles ke ? Ha... tu maknanya dah ada la tu tanda-tanda. '' Ulas Iskandar sambil menggaru-garu kepala yang tidak gatal.

'' Tanda apa pulak ni ? '' Serentak Fahi dan Fiya menyoal.

'' Ha tengok tu, betul la tu Is kata tadi. Kak Ngah pun dah kena jugak ni. ''

Semua mata tertumpu ke arah Iskandar, namun jawapan masih belum keluar daripada mulut Iskandar. Kelihatan Fahi dan Fiya saling berpandangan, Tuan Hasyim dan Puan Khadijah hanya tersenyum melihat gelagat anak-anak mereka yang telah meningkat dewasa. Terasa masa berlalu begitu cepat. Jika dahulu mereka baru pandai bercakap, kini, mereka masing-masing bakal mengharungi kehidupan yang lebih mencabar. Namun itu bukan menjadi penghalang untuk mereka menunjukkan ukhuwah kasih dan sayang yang telah diterapkan dalam diri mereka sekeluarga.
'' Maksud Is tu apa ? '' Tanya Puan Khadijah pula.

'' Laa Mama tak tahu ke ? Is rasa macam dah nak dapat bakal abang ipar je. Mama tak teringin ke nak dapat menantu ? ''

'' Amboi, jauhnya Is fikir. Kak Ngah tak ada calon, tapi kalau kak long awak tu tak tahu la pulak kan. ''

'' Hai, Fahi pulak kena dah. Dah, kak long tak nak masuk campur, kak long nak amik air orange kejap kat dapur. ''

'' Haa.. tu lari tu, alasan je kak long tu. Betul tak Pa ? ''

'' Sudah-sudah la kamu kenakan kakak kamu tu, jomlah kita makan. Rasa macam sedap je sayang abang masak, tak boleh tunggu dah ni. '' Usik Tuan Hasyim lagi.

'' Untuk abang jugak, mestilah saya masak special-special selalu. ''

'' Ok la, hari ni Is baca doa makan, esok Papa pulak ea. ''

'' Ok, Papa setuju, erm lepas makan ni semua siap-siap, nanti  boleh jemaah solat maghrib sama-sama. Lepas tu  ada tazkirah sikit Papa nak bagi kat bilik solat. ''

'' Baik Papa. '' Jawab Fahi, Fiya dan Iskandar serentak.


No comments:

Post a Comment