Sunday 3 June 2012

Secantik Bunga, Semanis Ukhuwah

PROLOG BHG 2


'' Orang yang bersyukur sentiasa malu untuk '' dimiliki'' selain oleh Allah. Apabila manusia tidak merasakan memiliki dan dimiliki, hatinya subur dengan syukur. Itulah kemuncak ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. '' 


Masih terngiang-ngiang di minda Fahi tazkirah papanya selepas mereka menunaikan solat maghrib berjemaah. Rasanya, dah lama tak duduk bersama mendengar tazkirah papanya. Rasa rindu pada zaman kanak-kanaknya datang menjengah, dahulu, ketika umurnya baru menjejak ke angka 5, papanya telah menitikberatkan pengisian rohani dalam jiwa mereka adik beradik. Justeru, aktiviti selepas solat maghrib dipenuhi dengan tazkirah, membaca aL-Quran dan sebagainya. Mama turut menjadi ustazah di rumah, mengawasi bacaan al-Quran dengan tajwid yang betul, bercerita tentang kisah-kisah Nabi. Bagi Fahi, suasana di rumah lebih menenangkan berbanding di luar rumah. Iskandar juga turut terkesan dengan situasi tersebut, kerana dengan usianya yang baru mencecah 20 tahun, dia tidak suka melepak di luar rumah seperti rakan-rakan sebayanya yang lain.


'' Fiya... '' Panggil Fahi perlahan.

'' Erm... kenapa ? '' Jawab Fiya lambat-lambat.

'' Dah tidur ke ? Jangan la tidur dulu, mata Fahi ni tak nak tertutup pun. '' Balas Fahi lagi sambil menggosok kedua-dua matanya yang tidak ngantuk.

'' Mana ada orang tidur, tak nampak ke Fiya tengah baca buku ni. '' Jawabnya acuh tak acuh.

'' Erm... kedai buku macam mana ? Dah lama tak pergi tengok kedai tu. ''

'' Okey je. Cuma nak tambah ruang baru, ingat nak buat satu sudut untuk sudut bacaan, agak-agak okey tak buat macam tu ? Ye la, orang tak semestinya datang kedai nak beli buku. '' Soal Fiya pula.

'' Erm, interesting jugak cadangan tu, rasanya kalau Fahi nak baca-baca buku ke, bolehlah datang kedai tu. Tapi nak letak buku apa je ? ''

'' Ingat nak letak buku agama sikit, majalah ke, buku-buku yang memberi pengetahuan dan informasi terkini. Letak buku yang tak dijual kat kedai la macam surat khabar, selain daripada novel. '' Ulasnya panjang lebar.

'' Laa.. ingatkan nak letak novel, boleh baca free je, tak payah nak beli. Hehehe... ''

'' Kalau macam tu bankrap la kedai Fiya, semua orang datang nak baca je, beli tak nak. '' Sanggah Fiya sambil membetulkan letak duduknya.

'' Ala, orang main-main je la. Buat la expresi muka macam budak-budak mintak gula-gula tu. Ingat ada orang nak kesian ke ? '' Jawab Fahi lagi sambil menarik bantal yang dipeluk Fiya.

'' Hehehe... cakap je la jeles sebab muka Fiya lagi comel. Kan, kan, kan.. '' Ucap Fiya sambil tersenyum lebar.

'' Erm, dah masuk bakul tu, angkatlah sendiri. Sabar je la, ni bukan masalah comel ke tak okey. Sekarang ni dah muka kita seiras, mestilah muka Fahi pun cute jugak. Nak mengaku sorang-sorang memang tak patut betul. '' Ngomel Fahi panjang lebar.

'' Tak adalah, Fahi kan rapat dengan papa, Fiya pulak rapat dengan mama. So, ada la tu beza. ''

'' Ada pulak macam tu. ''

'' Ish, tak perasan dah pukul 12.00 malam. Dah la orang nak tidur. '' Ucap Fiya sambil menarik semula bantalnya yang dipeluk Fahi.

'' Erm.. penat tak ? Nak orang tolong urutkan ke ? '' Tanya Fahi pula.

'' Tak apalah, hari ni tak ada la penat sangat. Kalau nak mintak tolong dodoikan boleh ? ''

'' Okey, orang pasangkan ayat al-Quran ea. Esok bangun awal kejutkan Fahi sekali. '' 

'' Okey, selamat malam. Maaf salah silap. ''

'' Night, Fahi jugak. ''

Malam terus merangkak melabuhkan tirai. Suasana yang sunyi dan sepi amat mendamaikan. Berbeza pula suasana di bandar, waktu begini masih sibuk dengan bunyi kenderaan. Ada sesetengah penduduk bandar yang masih melepak-lepak di kawasan-kawasan tertentu seperti gerai makan. Ada pula di kalangan mereka yang bekerjaya, menghilangkan penat seharian bekerja dengan menghabiskan sebahagian malam di kelab-kelab malam. Juga terdapat segolongan mereka yang mengisi waktu-waktu begini dengan bersujud merendah diri pada Sang Pencipta, melaburkan cinta pada yang selayaknya, menzahirkan kesyukuran dengan sepenuh jiwa, dan mendambakan kehidupan yang lebih tenang di Syurga nanti.

2 comments:

  1. Salam....test2....huhuhu... manfaatkan blog ni yer... =)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah... dah boleh da...
    syukran ye atas tunjuk ajarnye...
    ^_^ <3

    ReplyDelete