Tuesday 26 June 2012

Isu Memasukkan Tudung Dalam Baju

Assalamualaikum w.b.t...


Bismillahirrahmanirrahim...


Hari ni tiba-tiba ana terfikir tentang isu memasukkan tudung dalam baju..
Erm... ana sendiri pun x berapa selesa memasukkan tudung dalam baju, tapi daripada apa yang dapat kita lihat hari ni, banyak pekerjaan yang perlu kepada keadaan tersebut.
Sebenarnya isu ni timbul disebabkan Ibu ana sendiri menyuruh ana kerja di stesen minyak Petronas...
Selalunya pekerjaan seperti itu memang ada menyediakan uniform tersendiri...
apatah lagi bila memikirkan soal tudung...
Justeru ana mencari beberapa maklumat dan soal jawab isu memasukkan tudung ke dalam baju...


Jom kita teruskan membaca...




Soal Jawab Pertama :




Assalamualaikum Warahmatullah. Sepertimana yang sedia kita maklumi, menutup aurat adalah wajib bagi setiap lelaki dan perempuan Islam ketika di hadapan bukan mahram. Aurat bagi perempuan adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. Tuntutan memakai tudung / jilbab bagi setiap perempuan Islam adalah tuntutan yang dimestikan. Samada ia diarahkan untuk memakai tudung ataupun tidak ketika bekerja, ia tetap perlu melaksanakan tuntutan menutup aurat tersebut. Ini kerana tuntutan menutup aurat adalah perintah daripada Allah Taala kepada hambaNya. Berkenaan dengan soalan saudari, apa yang saya fahami, saudari telah menutup aurat ketika bertugas, namun penutupan itu dikuatiri tidak selari dengan tuntutan syarak kerana tudung tersebut mesti dimasukan di dalam baju. Bagi mengelakan keadaan saudari terdedah kepada penglihatan orang ramai, saudari boleh memakai pakaian yang sedikit longgar agar tubuh badan saudari tidak nampak bentuknya. Samada sesuatu tudung itu menyerupai tudung sister ataupun tidak, ini bukanlah isu utamanya. Perkara utama ialah mesti menutup aurat. Secara umumnya pemakaian tudung yang menyerupai sister itu tidaklah haram. Namun adalah lebih baik mencari tudung yang telah menjadi uruf perempuan Islam setempat bagi mengelakkan fitnah memakai tudung seumpama sister. Wallahualam. 




Soal Jawab Kedua :



Memang ada ayat al-Quran memerintahkan untuk melabuhkan tudung sehingga menutupi dada.. tetapi illah (sebab) bukan pada melabuhkan itu, sebaliknya menutup dada itu.. Jika memakai tudung yang melekat ke dada, walaupun labuh, tapi masih lagi menampakkan dada, maka ia masih lagi tak menepati konsep melabuhkan tudung itu..
Maka itu, sekalipun bertudung sederhana labuh, tetapi jika baju yang dipakai itu tebal (mcm jaket ke, vest ke dsb) yang mana dapat menutup dada, maka ianya tiada masalah..
Begitulah juga jika memakai tudung ke dalam baju.. maka pastikan baju itu jenis tebal dan keras sehingga dapat menutup  dada.. Maka, jika memakai tudung dan dimasukkan dalam baju kurung, maka ianya tak kena dengan syarat menutup itu… sbb baju kurung tu nipis..
Adapun baju spt baju tentera ke, polis ke.. kainnya lebih tebal.. malah ada poket lagi kat dada.. insyaAllah tiada masalah.. walaupun masih kelihatan tak sempurna (dalam aspek penudungan), tetapi ia telah menepati ciri2 minimum menutup itu..
Dalam situasi lain, bagi pekerjaan yang memerlukan tudung dimasukkan ke dalam baju (atas dasar keselamatan) spt pekerja kilang yang mengoperasikan mesin2 ke, chef / tukang masak yang bermain dgn api dsb, maka maslahah keselamatan itu lebih patut diutamakan. 


Soal Jawab Ketiga :


Memang terdapat pelbagai alasan diberi untuk mengenakan tudung jenis ini. Pertama adalah untuk keperluan keselamatan, misalnya ingin memasuki makmal, tudung perlu dimasuki ke dalam coat bagi mengelak dari disambar api, bahan kimia dan sebagainya. Penyelesaian untuk permasalahan ini, pakailah coat yang besar dan longgar sehingga tidak menampakkan langsung bentuk tubuh bahagian atas. Namun, kalau kita lihat situasi hari ini, sukar untuk melihat mereka yang memakai coat yang disebutkan itu. Kedua pula, adalah keperluan akademik. Mereka menggayakan tudung jenis ini dengan alasan kekemasan seperti yang dapat kita lihat pada badan-badan uniform seperti Pasukan Pandu Puteri, Kadet Polis, Kadet Remaja Sekolah dan lain-lain lagi. Sukar untuk berkompromi dengan alasan ini kerana tidak bolehkah mengemaskan sahaja tudung yang dilabuh itu? 

Dan ada juga mereka2 yang suka ber’sweater’ sahaja dan memasukkan tudung ke dalamnya. alasan mereka, malas tukar baju lengan panjang dan kelihatan simple begitu. Tetapi,hukum tetap hukum. Jika sweater yang dipakai besar dan longgar dan tidak menampakkan bentuk dada dan pinggang, tidak mengapa, harus dipakai. yang menjadi masalah sekarang ialah sweater sekarang banyak yang bersaiz adik2. jadi haram lah hukum bagi perempuan2 yang teringin menutup aurat dengan sweater yang kecil comei gitu. 





Soal Jawab Keempat :










Daripada soal jawab tersebut, harapnya sahabat-sahabat dapat membezakan yang mana lebih baik. Memasukkan tudung ke dalam baju adalah sama seperti kita memakai coat atau sweater sbenarnya, tetapi perlulah melihat kepada coat, sweater, dan baju itu sendiri.
Pastikan bahawa apabila memasukkan tudung ke dalam baju, tidak menampakkan bentuk tubuh, seeloknya, pilihlah yang bersaiz besar dan tebal...

Jika ada dikalangan sahabat yang tidak selesa dengan keadaan tersebut, bolehlah mencari pekerjaan yang tidak menggunakan uniform seperti Guru. Namun, ada sesetengah tempat seperti di kawasan tempat tinggal ana, agak susah mencari pekerjaan seperti itu kerana kawasan pekan... dan kebanyakan kedai dibuka oleh kaum Cina.. 


Sekian...
Kasih Sayang...







3 comments:

  1. syukran diatas perkongsian ini, sgt membantu...ana pun mengalami mslh yg sama dgn enti...

    ReplyDelete
  2. Kalau boleh perempuan yang pakai baju kemeja baju masuk dalam seluar.

    ReplyDelete
  3. Betul tu. Tudung jangan pakai sing kat. Kalau pakai sampai leher, baik tak payah pakai

    ReplyDelete